yang dijangka akhirnya terjadi...
betul laa naluri aq jarang salah
sedih!
siapa cakap xsedih?
menangis?
air mata ni dah terlalu banyak tumpah untuk seorang lelaki dahulu
cukup laa
dah xmampu nak sering menangis lagi
iya
ada kala saya juga tertekan
saya seorang yang suka memendam
lama-lama saya terasa sakit
saya menangis juga
air mata itu yang dapat meredakan perasaan saya
saya menangis sambil merintih kepada Allah SWT
kalau benar ini penghujungnya
kuat kn hati saya
tabahkan hati saya
biar saya redha, ikhlas menempuh dugaan ini
dia ada ciri yang saya mahukan
dia lain dari lelaki lelaki yang saya kenal sebelum ini
saya suka dia
tetapi kalau di sini noktahnya
saya redha..
saya anggap dia cuma suatu pinjaman dari Allah swt
kepada saya
saya bersyukur dapat mengenal orang sebaik dia
selalu ada di waktu saya memerlukan
meski ada perkara yang buat saya marah
tapi saya tidak berasa benci kepada dia
sebaliknya saya rasa dialah
antara lelaki yang menyenangkan hati saya
dia tidak seperti lelaki lain yang saya kenali sebelum ini
kasih......
sayang......
rindu.......
ya mungkin saya salah kalau menyatakan sedemikian
kerana cinta yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT
tapi saya manusia biasa
sejauh mana saya cuba menenangkan hati saya
perasaan itu tetap hadir dalam diri saya
saya rindukan suaranya, tawanya, usikannya
saya sangat rindukan dia
tapi saya harus kawal diri saya
saya tidak buleh bertindak keterlaluan
saya tidak buleh terus hanyut, tenggelam dalam emosi
ya tuhan, kau kuatkan lah hatiku,
jauhi aku ya Allah dari terus leka dalam duniawi
tabahkan aku menghadapi dugaanMu ini
jikalau dia adalah pinjaman buatku
terima kasih ya Allah kerana memberi aku merasa kebahagiaan, kegembiraan setelah kesedihan aku dahulu
hilangkan duka ku ya Allah
Tabahkn hati ku ya Allah
sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat ku dan dia